19 Julai 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PIS


Tarikh : 18 Julai 2012
Tempat: Bengkel Memesin & Bengkel Kimpal
Sekolah-sekolah yang terlibat :


1. SMK Sri Skudai
2. SMK Bandar Tenggara
3. SMK Mutiara Rini
4. SMK Linggiu
5. SMK Desa Tebrau

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada:

1. Puan Nurul Nadiah
2. Puan Maisarawani
3. Puan Sharifah Nurulhuda
4. En Azman Bin Salamat
5. En Jamaludin
6. En Norehan
7. En Syaiful Fadillah
8. Puan Hariana

serta kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi lawatan ke bengkel di JKM.






17 Julai 2012

Akreditasi Penuh Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik (AEM), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Rentetan dari Audit Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik (AEM), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang berlangsung pada 29 hingga 30 November 2011 yang lepas, program AEM tersebut telah mendapat akreditasi penuh dari pihak MQA.  Tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan semua pihak yang membantu samada secara langsung ataupun tidak.




12 Julai 2012

Selamat Datang dan Selamat Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya selaku admin a.k.a Tukang Update mengucapkan "Selamat Datang" kepada pelajar-pelajar semester 1, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Semoga kehadiran kalian di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ini memeriahkan lagi arena sukan pembelajaran kalian semua dalam usaha menggenggam segulung filem diploma di akhir pengajian. Anggaplah cabaran semasa kalian semua di Politeknik Ibrahim Sultan ini sebagai asam garam dalam kehidupan anda sebagai warga pelajar. Kami warga JKM mengalu-alukan kehadiran kalian semua.

Kepada pelajar-pelajar senior, "Selamat Kembali" kepada kalian dalam meneruskan misi jutawan untuk menggenggam segulung diploma dan seterusnya menentukan sendiri haluan masing-masing sama ada meneruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih baik atau memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Sekiranya kalian mempunyai masalah berkaitan dengan pembelajaran, jangan segan silu untuk berjumpa dengan Penasihat Akademik masing-masing. Sekurang-kurangnya Penasihat Akademik anda dapat membantu sedaya usaha mereka untuk melihat anda berjaya.

~ Tukang Update ~

6th FIRA MALAYSIA CUP


PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PELAJAR