12 Julai 2012

Selamat Datang dan Selamat Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya selaku admin a.k.a Tukang Update mengucapkan "Selamat Datang" kepada pelajar-pelajar semester 1, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Semoga kehadiran kalian di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ini memeriahkan lagi arena sukan pembelajaran kalian semua dalam usaha menggenggam segulung filem diploma di akhir pengajian. Anggaplah cabaran semasa kalian semua di Politeknik Ibrahim Sultan ini sebagai asam garam dalam kehidupan anda sebagai warga pelajar. Kami warga JKM mengalu-alukan kehadiran kalian semua.

Kepada pelajar-pelajar senior, "Selamat Kembali" kepada kalian dalam meneruskan misi jutawan untuk menggenggam segulung diploma dan seterusnya menentukan sendiri haluan masing-masing sama ada meneruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih baik atau memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Sekiranya kalian mempunyai masalah berkaitan dengan pembelajaran, jangan segan silu untuk berjumpa dengan Penasihat Akademik masing-masing. Sekurang-kurangnya Penasihat Akademik anda dapat membantu sedaya usaha mereka untuk melihat anda berjaya.

~ Tukang Update ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.